30 December 2019
MESYUARAT PENGURUSAN 1/2020
Isnin 30 Disember 2019, telah diadakan mesyuarat pengurusan kali pertama 2020. Moga tahun 2020 berjalan dengan lancar mengikut perkara yang telah dirancang..
19 December 2019
KEPUTUSAN UPKK 2019
Tahniah kepada calon UPKK SK Kayu Ara 2019 atas keputusan masing-masing. Jadikan ia sebagai pembakar semangat untak anda lebih berjaya pada masa depan dan yang paling penting mengamalkan sebagai ilmu agama yang diperolehi sepanjang kelas KAFA. Tahniah diucapakan kepada Ikhwan Haris dan Nur Allisya Syafiqah atas kejayaan memperolehi 8A dalam UPKK 2019.
26 November 2019
SUMBANGAN BUKU GALERI ILMU
26 November 2019 Selasa pihak sekolah diwakili oleh Cikgu Hanif, en Hidzir, en Kamarul dan Ustaz Safwan menerima serahan sumbangan buku berjumlah 150 naskah daripada pihak Galeri Ilmu. Semoga buku-buku ini dapat meningkatkan minat murid untuk lebih banyak membaca.
23 November 2019
22 November 2019
JAMUAN AKHIR TAHUN 2019
22 November 2019 Jumaat jam 2.30 petang warga SKKA diraikan di Palm Mall Seremban. Jumpa lagi tahun 2020 insAllah..
21 November 2019
PENGUMUMAN UPSR 2019
21 November 2019 Khamis jam 10.00pg pengumuman keputusan UPSR 2019. Tahniah kepada semua murid dan guru-guru tahun 6 2019 kerana berjaya mencapai lulus 100%. Tahniah kepada Hanis Ruzana memperolehi keputusan 6A.
19 November 2019
17 November 2019
Subscribe to:
Posts (Atom)