16 October 2020
KERJA MENAIKTARAF LANTAI ANJUNG SANTAI PSS DAN KANTIN 2020
15 Oktober 2020, Rabu. Kerja menaiktaraf lantai anjung PSS dan kantin telah dijalankan oleh pihak sekolah. Sebuah lori penbancuh simen telah digunakan bagi tujuan itu dengan anggaran kos RM 1000.00. Guru Besar En Mat Nordin, Cikgu Hanif dibantu oleh En Zamrud (Pengawal Keselamatan Sekolah) dan Pak Ngah serta 2 orang anaknya sehingga kerja meratakan simen selesai. Terima Kasih juga kepada En Hidhiz (Pembantu Am Pejabat) kerana menyumbangan buah fikiran dan bantuan dalam menjayakan program ini. Tahniah semua. Anda Hebat.
12 October 2020
ULASAN BUKU BERSAMA PAK LATIF TALIB SASTERAWAN NEGERI SEMBILAN
12 Oktober 2020 Isnin, 10.00 pagi. Program ualasan buku bersama sasterawan negeri iaitu Pak Latif telah diadakan. Banyak perkongsian telah dikongsikan bersama murid-murid terutama kisah berkenaan Leftenan Adnan. Bersama menghayati sejarah negara untuk melahirkan semangat cintakan negara, bangsa dan agama.
20 September 2020
MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN SKARA 2020
18 September 2020. Jumaat, telah berlangsungnya majlis penutupan bulan kemerdekaan SKARA(SK Kayu Ara). Pelbagai aktiviti dilaksanakan seperti pertandingan basikal berhias, persembahan nyanyian murid, deklamasi sajak, nyanyian solo, kuiz merdeka dan pakaian berhias. Murid-murid diberi jamuan seperti nasi ayam, kek dan aiskrim sempena Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah. Bersama kita mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara dengan ilmu.
Subscribe to:
Posts (Atom)