11 March 2020
SEGAK 2020
Rabu 11 Mac 2020, Program segak SK Kayu Ara siri perrama telah dijalankan dengan jayanya. Murid-murid dapat melaksanakan ujian kecergasan dengan baik. Minda yang cerdas di dalam tubuh badan yang cergas.
AKTIVITI MENARIK BERSAMA PEGAWAI PERPUSTAKAAN NEGERI SEMBILAN
Isnin 9 Mac 2020, telah belangsungnya program kempen membaca bersama Perpustakaan Desa Kampung Rendah. Murid-murid telah didedahkan dengan teknologi semasa berkaitan dengan perpustakaan seperti aplikasi aminasi bergerak melalui capaian dan AV. Kemudian murid-murid berpeluang merasai pengalaman berada di dalam perpustakaan bergerak yang lengkap dengan buku-buku dan pendingin hawa. Murid-murid berasa sangat gembira dengan program ini.
10 March 2020
PELANCARAN PROGRAM NILAM SK KAYU ARA 2020
Selasa 10 Mac 2020, majlis pelancaran program nilam peringkat SK Kayu Ara telah dilaksanakan. Taklimat dan ucapan daripada pihak Perpustakaan Desa Kampung Rendah iaitu Pn. Mawar memberi maklum balas berkenaan kempen membaca dan aktiviti yang menarik yang bakal murid-murid rasai. Perutusan dan perasmian telah dibuat oleh wakil Guru Besar iaitu Pn Norashikin bt Majid selaku GPK HEM. Semoga budaya membaca memjadi amalan warga sekolah.
Subscribe to:
Posts (Atom)