SELAMAT DATANG KE SK KAYU ARA

SEKOLAH KEBANGSAAN KAYU ARA...KE ARAH SEKOLAH TS25. HENTIKAN PENULARAN COVID-19. KITA JAGA KITA. JAGA JARAK KITA ..

16 October 2020

KERJA MENAIKTARAF LANTAI ANJUNG SANTAI PSS DAN KANTIN 2020

15 Oktober 2020, Rabu. Kerja menaiktaraf lantai anjung PSS dan kantin telah dijalankan oleh pihak sekolah. Sebuah lori penbancuh simen telah digunakan bagi tujuan itu dengan anggaran kos RM 1000.00. Guru Besar En Mat Nordin, Cikgu Hanif dibantu oleh En Zamrud (Pengawal Keselamatan Sekolah) dan Pak Ngah serta 2 orang anaknya sehingga kerja meratakan simen selesai. Terima Kasih juga kepada En Hidhiz (Pembantu Am Pejabat) kerana menyumbangan buah fikiran dan bantuan dalam menjayakan program ini. Tahniah semua. Anda Hebat.

12 October 2020

ULASAN BUKU BERSAMA PAK LATIF TALIB SASTERAWAN NEGERI SEMBILAN

12 Oktober 2020 Isnin, 10.00 pagi. Program ualasan buku bersama sasterawan negeri iaitu Pak Latif telah diadakan. Banyak perkongsian telah dikongsikan bersama murid-murid terutama kisah berkenaan Leftenan Adnan. Bersama menghayati sejarah negara untuk melahirkan semangat cintakan negara, bangsa dan agama.