SELAMAT DATANG KE SK KAYU ARA

SEKOLAH KEBANGSAAN KAYU ARA...KE ARAH SEKOLAH TS25. HENTIKAN PENULARAN COVID-19. KITA JAGA KITA. JAGA JARAK KITA ..

28 July 2020

LAWATAN SUMBANGAN PEMBANGUNAN SEKOLAH OLEH YB ZAIFUL

26 Julai 2020 YB Zaiful selaku Adun Chembong telah melawat sekolah bagi membincangkan sumbangan pembangunan yang beliau akan salurkan kepada sekolah berjumlah RM20,000. Guru Besar amat berterima kasih kepada beliau atas sumbangan tersebut dan diharapkan satu pembangunan dapat direalisasikan demi kemaslahatan warga sekolah. Beliau amat komited soal peningkatan pendidikan para murid generasi pemimpin Dun Chembong pada masa hadapan yang diharapkan dapat merubah nasib keluarga dan masyarakat ke tahap yang lebih baik.

25 July 2020

PEMASANGAN PENDINGIN HAWA PSS SK KAYU ARA







25 Julai 2020 Sabtu, 2 set pendingin hawa 1.5hp berjaya dipasang di Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK Kayi Ara hasil sumbangan kewangan daripada pihak Baitul Mal Negeri Sembilan. Semoga warga SKKA lebih selesa mengakses kemudahan yang disediakan di PSS.

22 July 2020

Nyanyian Solo SK Kayu Ara



HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SELEPAS CUTI COVID 19 2020

22 Julai 2020 Rabu, murid-murid SK Kayu Ara telah memulakan sesi persekolahan selepas hampir 4 bulan cuti akibat wabak covid19. Murid hadir ke sekolah dengan penuh semangat dan kelengkapan diri seperti yang diminta oleh pihak sekolah. Murid selesa memakai penutup muka. Para guru menunjuk ajar laluan yang perlu dilalui oleh murid untuk ke kantin, tandas dan laluan pulang. Semoga usaha kita sentiasa diredhoi Allah.