15 Julai 2020 murid-murid tahun 5 dan tahun 6 memulakan sesi persekolahan selepas cuti Covid 19. Pelbagai aktiviti dijalankan pada hari pertama ini seperti pemeriksaan suhu badan murid, mengambil kehadiran murid, taklimat laluan keluar masuk, ke tandas dan ke kantin serta peringatan berkala penjarakan sosial. Alhamdulillah hari pertama ini berjalan lancar dengan ada beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan seperti murid rmt perlu ke kantin sewaktu rehat, penyediaan alas meja dan kain murid oleh ibubapa penjaga, penyediaan plastik sampah besar untuk sisa makanan murid dan persediaan murid membawa buku mengikut jadual.
No comments:
Post a Comment